Monday, March 22, 2010

puding triffle...

semalam terajin pula nak uat pudding triffle nie.
panas2 terik cam nie sedap makan
sejuk-sejuk nie kan.


dr pelbagai sudut ina amik gmbr nie.cam cameralady
pula.. suka-suka kan.apa salahnye

view dr atas..


then tgk ada balance agar2. uat dlm
acuan nie..

resepi nie ina amik dr umah kak nur.
kak nur amik dr umah Ann.resepi asal dr kak Liza
yg mengoda ina nak uat nie kak nur la..hehe
sedap je tgk kak nor nye.thanks a lot for u all.
ina minta izin cnp yea kak nur.

TRIFFLES

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry ( ina x dpt lady choice)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

0 Yorum var: