Tuesday, July 27, 2010

kek chocolate tanpa telur...

salam rindu uat semua... dah lama sesangat tak berupdate.
miss mcm2 resepi kawan-kawan lain.kek nie buat dah
lama.baru nak tayang.walapun x ada penggunaan telur
tapi rasa dia tetap maintain.lembut teksturnye


nampak resepi nie umah kak nor.kak nor amik dr dayang
jack.thanks to both of you sis.terlebih rajin uat la frosting
sekali.layan gambar je yek,dah selamat dah kek nie.hehehe

Kek Coklat Tanpa Telur by Dayang Jack
Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam*
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.



Thursday, July 15, 2010

imran with his sunglass...

imran our cute prince akhirnye dh dapat sunglass.pas
nie sayang x yah la guna mak punye yea.beli masa p
carefour.sekali papa imran jumpa terus belikan untuk anak dia.




handal berposing anak mak nie kan. kita suruh smile
dia buat muka pula kan.


wah anak mak,x cukup satu tempat,atas kerusi pula
dia nak bergaya.2 yang cakap kalau kat rumah
mak dia x leh duk diam nye.


senyum juga anak mak yek.


ok la,imran dah penat mak.asyik berposing jek.
nak main bola pula pas nie..

Tuesday, July 13, 2010

buttery orange cake...

salam pagi semua.. kek nie uat untuk makan suka-suka
jalan-jalan umah kak nor.terkenan lak dengan kek orange nie.


memang x rugi mencuba resepi nie.sedap sangat.coz
ada combination parutan oren and jus oren lg.kak nor
dah ubahsuai resepi nie.resepi asal dr junjs.kak nor
minta izin cnp here.thanks kak nor.



BUTTERY ORANGE CAKE
  • 250gm butter (dilembutkan)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren
  • 330gm gula castor~ k.nor guna 210gm aje
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri
  • 75gm tepung
  • 180ml orange juice
  • 1 sd kecil ovallete ~ ni k.nor tambah sendiri ya..
  • Pukul butter, gula dan ovallete serta kulit oren sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
  • Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min.
#orange juice tu k.nor guna air bancuhan sunquick oren aje sebanyak 180ml spt kehendak resipi.
## utk hasilkan kek marble spt diatas, bahagi dua adunan dn campurkan 1 bahagian dng 1 sudu teh coklat emulco dn sedikit pewarna coklat.
### lapiskan satu persatu adunan secara selang seli hingga habis baru la dibakar.

Monday, July 12, 2010

activities on sunday...

hi auntie-auntie semua!!! apa khbar?imran nak cete la,
semalam pergi jusco.papa n mak bawa jalan-jalan.cam
biasa wajib sebelum apa2,kena makan dulu..


my lovely mak.imran sayang mak and suka sangat kacau
mak.mak marah juga,but imran uat x tahu je..hehehehe


papa bw makan kat pizza hut.pening imran nak choose
apa yek.. ada item baru nampak.nak cuba x?


disebabkan imran still under age kan,minta la pendapat
mak apa yang leh imran makan.. anak mak la kan.


lambat la acik 2 nak bawa my mushroom soup.i am damm
hungry here.plzzz make it fast





akhirnye sampai juga my soup.. imran boleh makan
sendiri,but my mak so concern n scared.she doesnt
let me to eat by my own.hehehehe


selesai je makan,papa n mak bawa imran ke my favourite
place!!where my mamu is working there.so dapat lah
main byk2 game dengan percumanye.


ball is my main game.i love to play with ball




imran tengah tgk how my papa play.my mentor


yes!!! i got it





yang nie pun imran suka sangat.. best tau


tengah aim nie,biar terus masuk goal.imran nak main lg
but mak dah ajak pergi ke tempat lain.i refuse but at last
i have to follow papa n mak.i realy enjoy the day.

Saturday, July 10, 2010

apam balik...

salam pagi semua!!! mesti semua dah breakfast kan?apa
gambar kat atas 2?ah,2 la apam balik.bila tgk dapur kak hana
mmg dh aim nak cuba coz cam senang je nak uat..


nie lah hasilnye.rasanye pun memang sedap.kak hana
jeling2 resepi nie kat umah lydia@skyblue.ina pula jeling
umah kak hana la pula.credit to both of u..


cam ina mention sebelum nie,sekarang nie susah nak selalu
publish kan post due to overload nye work.x boleh nak curi
masa pun.but masak tetap masak gak.my hobby 2 nak cuba
-cuba resepi baru.terima kasih kepada mereka yang berkunjung
ke rumah ina yang x seberapa nie n mereka yang tinggalkan komen
juga.. so jgn lupa ina yek.im still active but x selalu.hehehehe

Saturday, July 3, 2010

nasi beriyani...

salam pagi semua... dh nk masuk waktu lunch kan jap g.
nasi beriyani nie uat request from my brother.dia duk bising
kakaknye x nak masak menu2 istimewa masa dia cuti.pg2 dh
ziarahi pasar.ialah ina jarang bebenar ke pasar nie.apa2 kirim je
kat ayah or suh Mr.Hubby belikan dekat pasar segar near kat rumah.


masak nasi nie dgn lauk dalca daging,mix vege and chicken.
gambar2 menu lain x sempat nak snap.anak dah kacau2.
hehehe.resepi nie sama cam nasi beriyani jus oren just ada bahan2
yang dikurangkan dan ditambah ikut suka ina.hahahaha.kali nie
ina guna rempah beriyani from india(kerala).memang sedappp.