Monday, March 22, 2010

dessert...

sabtu lepas teringin nak makn pengat pisang,
terus p kedai cari pisang emas.nasib ada
kalau x terpunan mula..wah,wah cam org
mengidam la pula kan.huhuhu


masa dr umah ingat nak beli apa kat kedai
pas lik bru teringat pasal sagu.nampak x
pengat kita 'moody'.sebab x mekap dgn sagu la 2
hahaha,tapi rasa tetap maintain.resepi dr umah
kak ummi.kak minta izin cnp yea.

Bahan:-

8 biji pisang emas (tidak terlalu ranum)
1 keping gula nesan/kabung (ina guna gula melaka)
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
secubit garam
beberapa helai daun pandan - disimpul
sedikit sagu - basuh dan toskan

Cara Memasak:-
Pisang dibelah dua dan dikerat dua dan ketepikan. Dalam periuk, masak santan cair dengan gula nesan, gula pasir dan hingga larut. Masukkan sagu, daun pandan dan pisang. Masak dengan api perlahan hingga sagu masak dan kuah mendidih. Masukkan santan pekat dan sedikit garam, kacau sebentar. Seimbangkan rasa.

0 Yorum var: