Monday, October 18, 2010

sicilian orange cake...

salam pagi isnin kepada semua!!! wah dah berhabuk rumah ina
nie.penat tau bersihkan semua nye.hahahaha maklumlah dah sebulan
lebih bercuti. bercuti???tak ada lah.ina sibuk dengan macam-macam
benda.ishh jangan ada yang cakap kalah our prime minister lak yea.
macam-macam aktiviti dalam masa sebulan tue.sampaikan my prince
kena demam denggi and masuk ward.xpe dugaan kehidupan semua tue.
nanti-nanti ina letak gambar prince kat ward yea.sekarang,lupakan
celoteh minah sorang nie,huhuhuhu kita layan gambar kek kat atas.


sejak tengok kek tue kat rumah kak hana,dah aim nak uat
asyik tertunda je.nak uat cam mana!!! tapi memang betul la
kek nie jadi sambutan hangat bukan di pasaran yea,tapi
di rumah.sekejap je kek tue dah x nampak kat mata ina.my
prince memang peminat kek.siap nak lagi,nak lagi je.


curahan ising sugar pluss oren jus tue yang uatkan lagi
ada ummmphh. bukan tea boh je ada ummph tau.hahahaha
kek pun ada!!ramai yang dah cuba buat kek nie.sape tak
cuba lagi,jangan teragak.cepat-cepat buat.kita tengok
resepi yang di ambil dari umah kak hana.cn here kak.


Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis(ina guna 200 je)
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren

Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.



0 Yorum var: