Thursday, November 11, 2010

kari ayam...

soryyy lambat masukkan 'partner' nasi sultana tue.lauk nie
yang jadi gandingan dengan nasi sultana.ada juga uat salad
timun n tomato.biasa punye je.bahan-bahan untuk kari ayam
nie pun lain sikit dari cam kari biasa ina buat.


resepi amik dari majalah SEDAP dan memang sedap pun
pas dah masa lauk nie.ina tulis resepi kat sini yek.


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ptong 8 bahagian
2 labu bawang besar,cincang kasar
3 ulas bawang putih,cincang halus
5 biji cili merah kecil,kisar halus
5 kuntum bunga cengkih
5cm kayu manis
2cm halia
3 biji buah pelaga
2 sudu makan puri tomato
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam masala
4oo ml air
1 sudu teh perahan lemon
3 sudu makan minyak menumis

CARA-CARA:
1.tumis bawang besar,bawang putih,cili merah,cengkih,kayu manis,halia n buah pelaga
2.masukkan ayam,kacau sehinnga berubah warna.masukkan puri tomato,garam,gula,jintan
manis,ketumbar,kunyit,lada hitam,serbuk cili dan garam masala.kacau rata.
3.masukkan air sedikit demi sedikit.masak sehinnga menyerap,tambahlan air perahan
lemon.kacau rata.

0 Yorum var: